perantau syria
Khamis, 15 Januari 2009
IBRAHIM BIN ADHM
" INGATLAH, SESUNGGUHNYA WALI-WALI ALLAH ITU TIADA KEKHUATIRAN TERHADAP MEREKA DAN TIDAK (PULA) MEREKA BERSEDIH HATI " SURAH YUNUS – AYAT : 62 Beliau adalah Abu Ishak Ibrahim Bin Adham Bin Mansur At Tamimi Al Balkhi. Dilahirkan di bumi Balkan, barat Khurasan, salah seorang anak raja.
Pernah diceritakan bahawa beliau keluar dari istana untuk berburu lalu beliau mendapat habuan dengan seekor arnab, tatkala beliau gembira dengan hasilnya itu lalu terdegar satu suara menyebutkan " wahai Ibrahim, apakah kerana perkara ini kamu diciptakan tuhan atau apakah dengan perkara ini kamu diperintahkan?" lalu beliau turun dari tunggangannya dan terus menemui pengembala ayahnya maka diambil jubah pengembala itu yang diperbuat daripada bulu kambing dan memakainya setelah itu beliau menyerahkan tunggangannya dan segala harta miliknya kepada pengembala itu. Setelah itu beliau meninggalkan istana yang serba indah dan merentasi kampung-kampung bagi melengkapkan perjalanannya menuju ke Pada tahun 161 hijrah bersamaan 778 masehi beliau menyahut seruan jihad menentang tentera Baizantin yang menakluki negara Islam, dalam pertempuran itu lah beliau gugur syahid dan dimakamkan di pantai laut Mediterranean daerah Jablah, Syria. Dan kini makamnya menjadi tumpuan orang ramai yang mencintai kekasih Allah. Pernah satu ketika beliau ditanya tentang perkara-perkara yang menghalang doa dari dimakbulkan tuhan, jawab beliau : "kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak mentaati Nya" "kamu mengenali Rasul, tetapi kamu tidak mengikuti sunnah baginda" "kamu mengenali Al Quran, tetapi kamu tidak mempelajarinya" "kamu memakan ni'mat Allah, tetapi kamu tidak mensyukuri Nya" "kamu mengetahui syurga, tetapi kamu tidak memintanya" "kamu mengetahui neraka, tetapi kamu tidak menghindarinya" "kamu mengenali syaitan, tetapi kamu tidak menjauhinya malahan kamu merapatinya" "kamu mengetahui mati, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuknya, dan kamu menguburkan orang yang mati, tetapi tidak mengambil i'tibar darinya" "dan kamu biarkan kekurangan dirimu tanpa memperbaikinya malah kamu menyibukkan diri dengan kekurangan orang lain"
Rujukan : - Risalah Al Qusyairiyyah - Almunjid fil lughah wal I'lam |
Label: TOKOH
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home